Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Pemantapan Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) pada 04-06 Mei 2014. Kursus yang diadakan di PLGDP Temerloh ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta. Antara objektif pelaksanaan kursus ini ialah bagi mempertingkatkan kemahiran tarannum dan PdP dalam kalangan guru KKQ. Tn. Hj. Mat Pozi bin Kidam, Ketua Unit UPPI telah menyempurnakan majlis perasmian penutup. Sumber kewangan bagi menjayakan kursus ini telah diperolehi daripada aktiviti menengah iaitu OS21000 sebanyak RM1760.00 dan OS29000 sebanyak RM2400.00. Kursus telah berjaya memperbaharui semangat dan tekad guru-guru KKQ dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 
 
Top