30.5.2014 – Nabawan, Sabah : Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah melaksanakan Program Tahsin Al-Quran Peringkat  Daerah Nabawan. Seramai 18 orang Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penyelaras j-QAF sekolah-sekolah Daerah Nabawan terlibat dalam program ini. Di Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kopetensi guru bagi meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Pada masa yang sama satu Bengkel Headcount Pendidikan Islam, Pendidikan Islam Elektif, dan  SPM Tahun 2014. Bengkel ini sehari ini berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan melibatkan 5 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran terlibat. Di antara objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kopetensi Guru-guru mata pelajaran berkaitan sekaligus meningkatkan prestasi di dalam peperiksaan SPM 2014.
 
Top