Bertempat di PLGDP Temerloh, Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan PdP Bahasa Arab (Menengah) pada 05-06 Mei 2014. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta dari seluruh negeri Pahang. Antara objektif pelaksanaan bengkel ini ialah untuk mempertingkatkan kecemerlangan PdP bahasa Arab serta perkongsian idea dan pandangan untuk kecemerlangan bahasa Arab. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohmmad Ridzuan bin Mohmed Daud, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang. Duit aktiviti menengah telah digunakan untuk pelaksanaan bengkel ini, iaitu OS21000 sebanyak RM1962.00 dan OS29000 sebanyak RM1200.00. Penganjuran bengkel ini telah berjaya mengumpulkan idea dan pendapat yang bernas kearah peningkatan pencapaian Bahasa Arab di Negeri Pahang.
 
Top