Pada 29 April 2014 (Selasa) bertempat di SMK Taman Kluang Barat, Kluang telah diadakan Daurah Mursyid Sempena Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam, Peringkat Negeri Johor (Zon Utara) Tahun 2014. Jumlah peserta seramai 100 orang yang melibatkan 5 daerah iaitu Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat dan Mersing.

Ucaptama dan Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Abdullah bin Md Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Turut hadir ialah Tn.Hj.Yazit bin Kechik, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Johor dan pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Majlis bermula dengan pendaftaran jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang
Pengisian Majlis di penuhi dengan pembentangan Kertas Kerja oleh penceramah dari Sektor Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam , KPM dan juga penceramah jemputan.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

 
Top