15 April 2013 - SMKA Sheikh Abdul Malek

Sebahagian guru SMKA Sheikh Abdul Malek semasa taklimat
 ( Middle Year Programme - International Baccalaureate )

Pada hari ini Isnin, En Mohd Zulhazmi bin Anwar & En Afandi Yusof ( BPI KPM ) berbincang dan bertemu muka dengan PK Hem, PK Koku, PK Ting 6, Semua GKMP, Pn Aniza Abu Bakar, dan mendapat informasi berkenaan dengan kesediaan sekolah menerima program yang baik ke arah mencapai SBT. 

Seramai 10 orang guru juga sempat ditemubual oleh Urusetia BPI berkenaan dengan maklumbalas program jalinan antarabangsa ini. Kaedah yang digunakan berubah dari " Chalk & Talk " kepada guru sebagai fasilitator sepenuhnya. Semua guru akan diberi kursus selama 56 jam berkenaan program yang akan dijalankan.

Dengan sesi yang diadakan ini memberi impak dan penerangan yang jelas berkenaan kekangan yang dihadapi dan maklumbalas yang jitu dan benar serta tepat permasalahan yang timbul hasil dari lawatan pertama dari kumpulan pemantaua tersebut terdiri daripada Darren Arbour (Canada), Christine Taylor (New Zealands), Tan Kim Heong ( Agensi Inovasi Malaysia ), Juner Bueno Garcia (IB).

Wakil SPI JPNT : Ibrahim bin Ahmad, Awang Sulong, Mohamad Shaffie Mohamed Azhar.
 
Top