Daurah Murshid Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam WP Putrajaya ini telah berjalan dengan jayanya pada 29  April  2013 di Auditorium Masjid Putra Putrajaya. Seramai 254 orang GPI Putrajaya telah bersama-sama menghadiri daurah tersebut. Program ini dirasmikan oleh Pengarah BPI iaitu Tuan Hj. Abdullah bin Md. Din dan turut dihadiri Pengarah Pelajaran JPWPP Tuan Hj. Jamaluddin bin Yusoff. Tuan Hj. Arifuddin bin Abd. Hamid iaitu Ketua Unit Dakwah BPI selaku pegawai meja bagi PBUGPI telah menyampaikan taklimat berkenaan pelaksanaan Tafaqquh Fiddin dan Peranan Murshid di dalam PBUGPI.
 
Objektif Daurah ini ialah:


  • Melahirkan Ketua Mursyid yang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu kepada Mursyid di dalam kumpulan masing-masing.
  • Melahirkan Ketua Mursyid yang mempunyai komitmen tinggi dalam usaha-usaha dakwah.
  • Meningkatkan keupayaan GPI menyampaikan ilmu dan penghayatan nilai agama di sekolah masing-masing.
Sumber Kewangan: JPWPP
 
Top