Kursus Pengkaedahan Iqra' Guru j-QAF Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 13 April 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Seameo Recsam, Pulau Pinang. Kursus ini adalah kerjasama dengan Syarikat Darul Fikir. Tiga orang penceramah jemputan dari Darul Fikir iaitu Ustaz Mohd Mukri Bin Haji Abdullah, Ustaz Dr. Muhammad Furqan bin Muhammad Jamil Rifani dan Ustazah Mahya Binti Mahmud. Kursus ini telah dihadiri oleh 220 orang peserta yang merupakan guru j-QAF Ambilan 2008 dan 2009. Pegawai yang bertanggungjawab ialah Ustaz Azmi Bin Abdul HamidPP j-QAF. Dalam kursus ini, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan kaedah membaca dan mengajar Iqra' dengan betul dan berkesan. Kursus ini amat bermanfaat untuk semua peserta untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang Al-Quran dan diaplikasikan dalam bilik darjah untuk murid-murid. Kos untuk program ini sebanyak RM3000.00 daripada Unit Sekolah Rendah.
 
Top