Bahagian Pendidikan Islam sedang menjalankan kajian ke atas murid-murid SMKA yang tinggal di asrama sekolah. Tajuk Kajian Kajian Presepsi Pencapaian Murid Asrama SMKA.

Kajian ini dijalankan di SMKA seluruh negara. sebanyak 3 instrumen kajian sedang dilaksanakan mulai 1 - 8 April, iaitu instrumen untuk murid, pentadir dan guru.

Pegawai-pegawai R&D SPI JPN telah dibekalkan instrumen tersebut untuk dijalankan dan mengumpul data di SMKA masing-masing.

Data yang diperolehi akan dikumpul  dan di key in dn di hantar ke urusetia kajian di BPI.

Antara lain tujuan kajian adalah :

1. Mengukur pencapaian murid asrama di SMKA dari sudut pencapaian akademik dan ko kurikulum
2.     Mengukur dan menganalisis tahap penghayatan Islam dan sahasiah murid asrama di SMKA.

Penghargaan buat SPI Selangor yang telah selesai memungut data dalam masa 3 hari. semua maklumat tersebut sudah sampai di BPI petang Rabu 3 April.


 
Top