Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Ke-35. Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan suatu Program Ilmuan Muslim Peringkat Negeri yang diadakan pada 21 Mei 2015 hari Khamis yang lalu. Program tersebut diadakan di Audiotorium RTM Ipoh.  Seramai 500 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh negeri telah dijemput mengikuti majlis ilmu tersebut. Kerajaan Negeri telah menjemput Dr. Shayk Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Yahya Al-Ninowy. Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Developing Knowledge Perfecting Morals”.  Selain dari Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, majlis tersebut turut dihadiri Exco Pendidikan Kerajaan Negeri yang juga ADUN Batu Kurau.
02 Julai 2015
 
Top