14 April - SPI Negeri Sembilan telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan PdP Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) Siri 1, Tahun 2015 bertempat di Dewan Seminar Pendeta Zaaba, Pejabat Pendidikan Port Dickson. Bengkel ini memberikan pendedahan berkaitan kemahiran Tarannum Al-Quran dan Qiraat As-Sab'ah secara amali kepada para peserta yang dibimbing oleh 2 orang penceramah iaitu Ust Noor Hisham Bin Mustapa (Tarannum al-Quran), Ust Mohd Syamsul Akmar B. Abu Bakar (Qiraat As-Sab'ah) dan dibantu oleh 4 orang fasilitator. Seramai 47 orang peserta yang hadir telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi menjayakan bengkel ini. Mereka telah dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk aktiviti amali Tarannum Al-Quran dan Qiraat As-Sab'ah. Alhamdulillah, semua peserta amat berpuas hati dengan mutiara ilmu yang diperolehi dan mengakui amat memerlukan perkongsian pintar terutamanya dalam bidang Tarannum Al-Quran dan Qiraat As-Sab'ah.
07 Julai 2015
 
Top