Perbincangan dalam kumpulan PSI yang diketuai oleh Ust Syakirin Khunawan
20-21 Mei 2015 - Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Bengkel Soalan Tudingan Pendidikan Islam Elektif, Tahun 2015 bertempat di Pusat Sumber, SK Senawang 3. Seramai 60 orang guru terlibat dalam bengkel ini dibahagikan mengikut kumpulan PQS/ PSI/ Tasawur Islam yang terdiri daripada 20 orang peserta bagi setiap kumpulan. Setiap Kumpulan telah dibimbing oleh seorang Guru Cemerlang dalam bidang berkaitan.
Alhamdulillah, bengkel yang dilaksanakan ini telah menghasilkan satu modul yang lengkap dan tersusun dengan baik. Semoga modul yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang mengambil mata pelajaran PQS / PSI / Tasawur Islam dalam persiapan menghadapi peperiksaan SPM Tahun 2015 nanti.

13 Julai 2015
 
Top