Bengkel ini merupakan salah satu program kecemerlangan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah yang dianjurkan oleh SPI Sabah diadakan pada 1 Jun 2015.  Program ini bertujuan melonjakkan lagi gred purata mata pelajaran PSI di dalam peperiksaan SPM tahun 2015. Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan sebenar berkaitan soalan KBAT PSI kepada guru-guru dan memberi latihan pembinaan item secara insentif berkaitan soalan KBAT PSI dalam peperiksaan SPM 2015. Bengkel ini dihadiri oleh 25 orang guru PSI SMKA dan SABK seluruh Sabah yang diadakan di SMKA Tun Ahmadshah, Inanam Kota Kinabalu yang dibimbing oleh penceramah dari LPM.
07 Julai 2015
 
Top