20 Ogos 2014 – Tuaran, Sabah : Kursus Pedagogi Pendidikan Islam Sekolah Menengah telah diadakan selama 3 hari mulai 18 – 20.8.2014 melibatkan 36 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Daerah Tenom, Keningau, Tambunan, Kinabatangan dan Pitas. Di antara matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan kopetensi dan profesionalisme Guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah. Kursus pedagogi ini dikelolakan sepenuhnya oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah di Pusat RELA Negeri Sabah. Pihak JPN Sabah sangat menghargai di atas sokongan padu yang diberikan oleh pihak RELA di dalam memperkasa Pendidikan Islam di Sabah.
20 Ogos 2014
 
Top