6 September 2014 – Sandakan, Sabah : Multaqa Guru-guru Agama Negeri Sabah telah berlangsung pada 6 September 2014, di Masjid Bandar Sandakan. Multaqa pada kali ini melibatkan lebih 500 orang Guru-Guru Agama dari Kementerian Pendidikan Malaysia (SK, SMK, SMKA & SABK)  di Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (SMA, SAN & SRA) di anjurkan bersama Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sabah. Pengisian Multaqa ini melibatkan pembentangan kertas kerja oleh Yang Berbahagia Profesor Dato Dr. Sidek Baba, Sohibus Somahah Tuan Haji Abd.Aziz Bongsu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Forum dengan panel jemputan khas daripada JPN Sabah, JAKIM dan JHEINS. Di samping itu Ceramah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam konteks Pendidikan Islam turut di sampaikan oleh Pegawai BPI, KPM. Multaqa Guru Agama Negeri Sabah ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Multaqa ini juga turut dihadiri oleh beberapa Ahli Yang Berhormat DUN dan Parlimen, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Sesungguhnya Multaqa Guru Agama ini sangat perlu diteruskan pada setiap tahun kerana membolehkan perbincangan meluas dalam merungkai isu dan cabaran ummat Islam masa kini.
06 September 2014
 
Top