14.8.2014 – Sandakan, Sabah : Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah melaksanakan Program Tahsin Al-Quran Peringkat  Daerah Kudat. Seramai 64 orang Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penyelaras j-QAF sekolah-sekolah Daerah Sandakan terlibat dalam program ini. Di Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kopetensi guru bagi meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran. Pada masa yang sama satu Bengkel Headcount Pendidikan Islam, Pendidikan Islam Elektif, dan  SPM Tahun 2014 telah dijalankan. Bengkel ini sehari ini berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan melibatkan 22 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran terlibat. Di antara objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kopetensi Guru-guru mata pelajaran berkaitan sekaligus meningkatkan prestasi di dalam peperiksaan SPM 2014.
14 Ogos 2014
 
Top