15 Ogos 2014 – Tuaran, Sabah : Satu Kursus Pedagogi Pendidikan Islam Sekolah Menengah telah diadakan selama 3 hari pada 13 – 15.8.2014 melibatkan 27 orang Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Daerah Tuaran, Penampang dan Ranau. Di antara matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan kopetensi dan profesionalisme Guru Pendidikan Islam di dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah. Kursus pedagogi ini dikelolakan sepenuhnya oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah di Pusat RELA Negeri Sabah. Pihak JPN Sabah sangat menghargai di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak RELA.
15 Ogos 2014
 
Top