Mesyuarat LDP IPPI telah tiba kepada fasa pembentangan hasil bengkel yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan: guru pendidikan Islam, pengurusan sekolah dan pegawai KPM, JPN dan PPD.
Hasil bengkel dibentang dan dibuka kepada komentar dari ahli kumpulan lain sebagai proses penambahbaikan. Selepas itu, hasil bengkel akan dikongsikan bersama semua peserta bengkel untuk dilengkapkan dengan anggaran bajet mengikut bahagian dan negeri masing-masing sebelum disatukan di peringkat Bahagian Pendidikan Islam untuk tindakan selanjutnya.