Bertempat di Kompleks Rakan Muda Maran, Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang telah menganjurkan Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab bermula dari 13 hingga 15 hb. Ogos 2012. Seramai 40 orang peserta dari seluruh negeri Pahang telah menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta kepada program-program yang mampu melonjakkan kecemerlangan Bahasa Arab serta teknik penandaan kertas peperiksaan khusus untuk tingkatan 3. Diharapkan kursus ini mampu mencapai objektif penganjurannya dan seterusnya memartabatkan lagi mata pelajaran Bahasa Arab di negeri Pahang. Tahniah diucapkan kepada penganjur serta para peserta kursus.
15 Ogos 2012
 
Top