Bengkel perancangan LAtihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk pegawai-pegawai yang berkhidmat di Bahagian Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sedang dijalankan di Hotel De Palma, Shah Alam. Perancangan LDP untuk kumpulan pegawai ini melibatkan kesemua domain Attitude, Skill dan Knowledge dalam pelbagai aspek dengan hasrat untuk melahirkan pegawai-pegawai pendidikan Islam yang kompeten dan berketrampilan.
Perancangan LDP ini juga sebagai langkah untuk mempersiapkan pegawai-pegawai yang berkhidmat di pelbagai peringkat pengurusan kementerian bagi mendepani segala cabaran masa depan dunia pendidikan. Antara latihan yang dirancang adalah kemahiran kepemimpinan, ketrampilan, pengurusan acara, kemahiran komunikasi, team building, pengalaman kerja silang jabatan dan pembentukan jatidiri.