Majlis Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam KPM di SMK dan SABK Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 17 - 19 Julai 2012 di Kem PLKN Seri Perkasa Mantin.Nadwah pada tahun ini disertai seramai 100 orang pelajar yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar tingkatan empat di daerah Jempol, Jelebu, Tampin, Rembau, Port Dickson dan sebahagian sekolah di daerah Seremban. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam tempoh tiga hari dua malam dilaksanakan dengan bantuan jurulatih-jurulatih utama dakwah daripada guru-guru Pendidikan Islam di sekolah menengah dan rendah.Di antara tujuan nadwah ini dijalankan adalah untuk membina jati diri yang kuat di kalangan pelajar sebagai seorang pemimpin di sekolah mahupun di dalam masyarakat sekeliling.Majlis penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Zaki Bin Husin, Ketua Sektor Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam KPM.