SPI, JPN SABAH - Kundasang : Taklimat pelaksanaan Kajian Tindakan kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKA dan SABK Negeri Sabah telah diadakan pada 11 dan 13 Mac 2014, bertempat di Kem Bina Negara Kundasang, Ranau. Taklimat ini sebagai pendedahan semula agar menyemarakkan lagi tentang keperluan kajian tindakan di sekolah-sekolah. Pelan penyediaan Kajian Tindakan juga turut dibentangkan dan Kajian Tindakan ini dijangka siap dalam pertengahan Jun hingga Julai 2014. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Gani Senang dan perkongsian pengalaman semasa di Jamaah Nazir Dan Jaminan Kualiti oleh Ustaz Mashanezat Ngasri, Pengetua, SMK Agama Kota Kinabalu
13 Mac 2014
 
Top