04 Mac 2014 -
Sektor Pendidikan Islam dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah
Sekolah-sekolah (PEKDIS) Cawangan Negeri Melaka telah menganjurkan Multaqa
Tafaqquh Fiddin Guru-guru Pendidikan Islam (SR) peringkat Negeri Melaka. Ia
telah diadakan di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah Melaka bermula jam 2.30 petang
dan telah dihadiri seramai 800 orang Guru Pendidikan Islam di negeri ini. Antara pengisian
utama Multaqa kali ini adalah ceramah professionalisme yang telah disampaikan
oleh Yang berbahagia Ustaz Mohd Najib bin Khasim, Pensyarah dari Universiti
Multimedia, Melaka. Dalam ceramahnya, beliau telah membawa pelbagai pendekatan
yang bersifat ilmiah tapi cukup menarik tentang ciri-ciri yang sepatutnya perlu
ada dalam kalangan Guru Pendidikan Islam yang dipandang mulia di sisi
masyarakat.
Sumber kewangan:
Unit Rendah dan Unit Menengah: RM8685.00
(untuk 2 siri)


Sumber kewangan:
Unit Rendah dan Unit Menengah: RM8685.00
(untuk 2 siri)


