
Seramai 25 orang Guru Pendidikan Islam telah menghadiri kursus tersebut yang telah diadakan selama 3 hari bermula pada 13 - 15hb. Mac 2014. Kursus tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, Sektor Pengurusan Akademik Kampung Bukit Kalam yang dikendalikan oleh 2 orang jurulatih yang berpengalaman. Penutupan kursus tersebut dilakukan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam iaitu Ustaz Roslan bin Mohamed.