10 April 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Darul Falah, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan Program Pengukuhan PdP Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) Negeri Sembilan Tahun 2014. Penceramah jemputan dari SMKA Sheikh Hj Mohd Said iaitu Ustaz Noor Hisyam B. Mustafa (Qiraat Sab'ie) manakala Ustaz Mohd Raffe B. Ghalil Abas dari SMK Mantin (Tarannum).Peserta yang terlibat seramai 45 orang dalam kalangan guru-guru KKQ daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (Kelas Aliran Agama), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Negeri Sembilan.

Tujuan progran ini diadakan adalah untuk memantapkan PdP guru-guru KKQ supaya mereka lebih berkeyakinan dalam menyampaikan pengajaran khususnya dalam bidang Tarannum dan Qiraat-Sab'ie. Kebanyakan mereka adalah dari guru pendidikan Islam dan bukan dari guru kemahiran Al-Quran.





10 April 2014
 
Top