Pada 14-16 April 2014 yang lalu, Sektor Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Pemantapan Kaedah Jawi Dan Pedagogi Pendidikan Islam Siri 1 dan 2 bagi Negeri Pahang. Kursus ini diadakan serentak di PLGDP Temerloh dan BTPN Pahang. Seramai 120 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Antara objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk mempertingkatkan penguasaan kaedah pengajaran jawi serta memantapkan kemahiran PdP dalam kalangan GPI. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ramzan bin Muhamad, Ketua Sektor Pendidikan Islam. Sumber kewangan diperolehi daripada aktiviti rendah iaitu OS21000 sebanyak RM2500.00 dan OS29000 sebanyak RM3600.00. Kursus mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada peserta kursus dan telah memberi maklumat baru tentang pelaksanaan PdP dalam pengajaran jawi.   
18 April 2014
 
Top