Unit
:
Unit Pembangunan Profesional 
Tarikh Mula
:
 13/4/2014
Tarikh Tamat
:
 15/4/2014
Tempat
:
 Kem Pengakap Terengganu
Pengenalan
:
Unit Pembangunan Profesional BPI telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Pasukan dan Kejohanan Memanah Zon Timur pada 13-15 April 2014.

Kursus ini telah dijalankan di Kem Pengakap Terengganu dan melibatkan 30 orang peserta dari Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Objektif
:
1) Memberi pendedahan kepada guru penasihat dan jurulatih memanah SABK/SMKA mengenai sukan memanah.
2) Dengan mengalami sendiri, guru pengiring dan jurulatih akan memahami perasaan pemanah dengan lebih baik.
Pelaksanaan
:
Jurulatih yang mengendalikan kursus ini terdiri daripada 3 orang jurulatih bertauliah pasukan memanah SUKMA negeri iaitu En Mohd Fadzir Md. Nor, En Omar Ismail dan En Zulkafli Ismail. En Mohd Fadzir juga adalah Pengerusi Teknik Memanah Terengganu.

Pada akhir kursus, satu kejohanan kecil telah diadakan. Semua peserta melepaskan 18 batang anak panah dalam 6 pusingan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki:
Johan: Zahari Hassan- SMKA Falahiah Kelantan (169/180)
Naib johan: Mustafa Ngah- SMA Imtiaz Dungun (156/180)
Ketiga: Mohd Arqam Mohd Alwi- SMA Tg Amalin Aisyah Putri (153/180)

Kategori Wanita:
Johan: Nurhasniza Zakaria-SMA Imtiaz Kuala Berang (145/180)
Naib johan: Suzilawati Sahimi- SMA Al-Maarif Pahang (141/180)
Ketiga: Dahlia Mohamed- SM Imtiaz Dungun (140/180)

Kursus ini telah ditutup secara rasmi oleh YBhg. Us Abrar Idris KS SPPP.
Impak
:
Ulasan
:
Gambar 1
:
Gambar 2
:

Gambar 3
:
Gambar 4
:
Gambar 5
:
Gambar 6
:
17 April 2014
 
Top