Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Pahang telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam Berjawatan Pahang pada 18 Okt 2012 bertempat di Dewan Sri Utama, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Seramai 340 orang peserta kursus telah dijemput untuk menghadiri kursus ini. Tuan Haji Ramzan bin Muhamad, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang telah menyempurnakan perasmian kursus sehari ini. Antara objektif penganjuran kursus ini ialah untuk menambah pengetahuan sedia ada dan kemahiran peserta kursus dalam pengurusan sekolah sesuai dengan tuntutan semasa supaya mereka dapat "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan guru-guru berjawatan yang lain. Alhamdulillah, kursus ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
22 Oktober 2012
 
Top