24 September 2012 - Seramai 30 Guru Pendidikan Islam (GPI) dan 18 Guru Bahasa Arab (GBA) Tingkatan 1 sekolah-sekolah negeri Melaka telah berbengkel menjana idea untuk menyediakan bahan-bahan eviden PBS yang mencakupi semua band bagi kegunaan dan panduan kepada para GPI di sekolah.
Penyelaras bengkel, Ustaz Hj. Khairiel bin Moktar, PP Bahasa Arab, SPI dalam kenyataannya melahirkan harapan agar di akhir bengkel yang diadakan selama empat hari ini akan membuah pelbagai inovasi dan eviden seterusnya akan dapat meningkatkan pemahaman GPI dan GBA dengan lebih mantap berkaitan PBS.
Antara Jurulatih Utama (JU) yang menjayakan bengkel ini adalah Ustaz Radzi bin Mustafa (SMK Rahmat), Ustaz Hazman bin Hamzah (SMK Datuk Bendahara) dan juga Ustaz Mohd Hanif bin Abdul Wahab (SMK Tun Tijah) yang mengendalikan bengkel Pendidikan Islam manakala JU Bahasa Arab yang mengetuai perbincangan pula adalah Ustaz Fazly bin Yaakub (SMKA Sultan Muhammad), Ustazah Nurhafidza bt. Abd. Halim (SMKA Sharifah Rodziah) dan Ustaz Amin bin Khamis (SMK Dato' Abdul Rahman Yaacob.
Turut hadir, Ustaz Che Mat bin Che Leh, KU PPI, SPI, Ustaz Rashidi bin Abdul Razak, Penyelia Bahasa Arab, SPI dan Ustaz Hj. Raja Abdullah bin Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin. Bengkel ini berakhir pada 28 September 2012.