PROGRAM MULTAQA KINTA UTARA DAN SELATAN NEGERI PERAK
Program Multaqa peringkat Kinta Utara dan Selatan telah diadakan pada hari 15 November 2012( Khamis) di rumah kediaman Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Majlis ini dihadiri oleh guru pendidikan Islam, guru jQAF, guru SAR, pegawai PPD dan JPN. Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Besar, Dato' Hamdi, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dato' Najmuddin Elias dan Ustaz Kazim Elias sebagai penceramah jemputan. Majlis bermula 6.30 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam