Kolej Matrikulasi Arau 25.07.2015 (Sabtu) - Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah anjurkan Quantum Leap: Bengkel Pemantapan Profesionalisme Institusi Pendidikan Agama (IPA) 2015 yang melibatkan 41 guru KBD, KAA dan KKQ Negeri Perlis.

Program satu hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tentatif padat termasuk pendedahan:
1. Slot Ucap Utama yang memperjelaskan hasrat dan KPI Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk KBD, KKQ dan KAA Negeri Perlis oleh al-Fadil Tuan Ketua Sektor, Tn Hj Mohammad bin Hj Abdul Ghani.
2. Slot Ceramah Dasar Pendidikan Negara yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 berkaitan Pendidikan Islam oleh Al-Fadil Ustaz Ideris bin Abdul Rahim, PP Dasar, Bahagian Pendidkan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Slot Ceramah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) berkaitan PK04 Kualiti PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) oleh Pn Siti Hatipah Binti Yahya, Ketua Jemaah Nazir Negeri Perlis.
4. Slot Bengkel Amalan Terbaik PdP yang memenuhi kriteria PK04
5. Slot Pengenalan kepada Kaedah Kogan Cooperative Learning (http://www.kaganonline.com/catalog/cooperative_learning.php). Pendedahan kepada teknik 'Jigsaw' dan 'Carousel'
6. Slot Pembentangan hasil bengkel dengan komentar serta penambahbaikan daripada peserta.

Penilaian Sebelum dan Selepas Program dibuat menggunakan google form dan respon daripada peserta dianalisis serta merta. Link kepada penilaian sebelum dan selepas:
Sebelum: https://docs.google.com/forms/d/18vNn2IJGjUaDgeGZUtFm-LXXMnqCf4CxXpAO3N-g-2E/viewform

Suka dinotakan bahawa 59.4% peserta menyatakan KECEWA apabila PdP mereka tidak dipantau / dicerap.

Sehubungan itu, SPI, JPN Perlis dengan kerjasama JNJK Negeri Perlis akan mengatur jadual pencerapan secara lebih konprehensif agar semua guru Pendidikan Islam negeri Perlis akan dipantau sekurang-kurangnya sekali pada tahun Akademik semasa.

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program.














SPI JPN Perlis
 
Top