Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak telah menganjurkan satu kursus bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran Pendidikan Islam & Bahasa Arab khususnya bagi guru KAA. Kursus ini telah dilaksanakan selama dua hari di dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak iaitu pada 22-23 Jun 2013. Kemahiran Pendidikan Islam melibatkan seramai 58 peserta dan kemahiran Bahasa Arab seramai 45 peserta. Perbelanjaan untuk menganjurkan kursus ini adalah sebanyak RM3,070.00 yang telah diturunkan oleh Bahagian Pendidikan Islam melalui kursus LDP.
 
Top