Mesyuarat JKPP Bil.2/2015 telah dilaksanakan pada 30 Jun-2 Julai 2015 di Hotel Ancasa Kuala Lumpur. Seramai 22 orang pegawai latihan dan penyelidikan dari BPI dan SPI telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan mengesahkan minit dan membincangkan perkara-perkara berbangkit hasil mesyuarat lepas. Laporan aktiviti LDP dan kajian sehingga julai telah dibentangkan. Prestasi kewangan juga dilaporkan. Dalam mesyuarat ini juga, ahli mesyuarat telah memberikan tarikh komitmen aktiviti latihan sehingga akhir 2015. Ahli mesyuarat juga berbengkel untuk membina proforma kursus peringkat Bahagian, JPN dan sekolah. Untuk slot CPD, ahli mesyuarat telah diberikan pendedahan asas kepada Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disampaikan oleh Sdr Fadzli Aziz dari Soul Power Consultancy & Services.

Mesyuarat ini telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan. Semua perkara berbangkit dalam minit mesyuarat yang lalu telah selesai. Laporan aktiviti dan kewangan LDP serta kajian telah dihantar. empat proforma kursus telah berjaya dihasilkan. Semua ahli mesyuarat teruja mendapat pengalaman NLP.

Insya-Allah mesyuarat akan datang dipersetujui untuk dijalankan di Kelantan bersama dengan lawatan konsultansi LDP di sekolah-sekolah SABK SMKA Kelantan.

 
Top