


26 Januari 2016 - Semua SABK negeri Melaka telah diberikan taklimat dan penerangan berkaitan amalan terbaik pengurusan kantin sekolah dan asrama.
Taklimat anjuran Jabatan Kesihatan negeri Melaka dengan kerjasama Unit PIPA, SPI ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SBT SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.
Seramai 60 orang wakil sekolah yang terdiri daripada GPK HEM sekolah, Penyelia Asrama dan juga pengusaha kantin sekolah (Sekolah Rendah) dan kantin asrama (Sekolah Menengah) telah menghadiri taklimat ini.
Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Puan Norliana bt. Abdullah dalam taklimatnya telah berkongsi pengalaman berkaitan amalan kebersihan terbaik penyediaan makanan dan pengurusan kantin manakala sesi berikutnya pula telah diisi dengan slot penguatkuasaan dan perundangan dan amalan persekitaran terbaik telah disampaikan pula oleh En. Muhammad Ridzuan b. Mohd. Sarif, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Majlis taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab yang disertai secara aktif oleh para peserta. Sesi penerangan yang dijelas dan bermanfaat ini ternyata dihargai oleh audien. Bagi mereka, banyak percambahan ilmu yang dapat ditimba dalam majlis kali ini.
Turut hadir, Ustaz Hj. Ridzuan b. Ab. Ghani, Ketua Unit PIPA, Ustaz Suhaimi bin Ghazali dan Ustaz Mohd. Nasaruddin bin Harun mewakili Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka