NEGERI SEMBILAN: TAKLIMAT PEMASANGAN SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2014
23 dan 24 Jun 2014 (Isnin dan Selasa), bertempat di Dewan SMK Jelai, Kuala Pilah, berlangsung Taklimat Pemasangan Soalan PT3 Pendidikan Islam. Peserta taklimat dihadiri oleh 150 orang guru Pendidikan Islam dari daerah Tampin,/ Jempol Jelebu, Rembau dan Kuala Pilah. Taklimat bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang. Tujuan diadakan taklimat ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada guru-guru Pendidikan Islam berkaitan PT3 dan pengoperasiannya.