19 Jun 2014 (Khamis), bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Bengkel Penggubalan Soalan KKQ Ting. 1 dan 2. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi dan melabuhkan tirainya pada jam 5.00 petang. Pesertanya terdiri dari guru-guru yang mengajar Kelas KKQ di SMAP, SBPI,SMKA, SMK(KAA) dan SABK seluruh Negeri Sembilan. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk menambah koleksi soalan KKQ di JPNNS dan memudahkan para guru untuk mengaksesnya di atas talian.
Bengkel ini bermula dengan slot khas, kata-kata aluan dan motivasi serta maklumat terkini berkaitan bidang KKQ  oleh Ustaz Muhammad Shafie Bin Hj Ismail, Ketua Unit KKQ, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesi soal-jawab juga dibuka untuk memberikan peluang kepada guru-guru KKQ untuk bertanyakan soalan kepada beliau.








19 Jun 2014
 
Top