Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang telah menjalankan kajian secara atas talian mengenai kemahiran solat murid tingkatan 5 di sekolah menengah harian seluruh negeri Pahang. Kajian yang melibatkan sejumlah 162 buah sekolah ini dijalankan mulai 9 Januari dan berakhir pada 24 Januari 2014. Seramai 10 orang murid tingkatan 5 di setiap buah sekolah akan menjalani kajian ini. Capaian ke laman web kajian tersebut ialah melalui tiny.cc/kajiansolatspipahang2014  Kajian ini dilaksanakan susulan daripada permintaan daripada Pengarah JPN Pahang setelah mendengar dakwaan sesetengah pihak bahawa masih terdapat murid tingkatan 5 yang masih belum tahu menunaikan solat dengan baik. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa terdapat 1% murid tingkatan 5 yang menjalani kajian ini masih tidak tahu menunaikan solat dengan baik. Justeru, dakwaan sesetengah pihak itu ada asasnya, tetapi bilangan yang terlibat sangat minimum. SPI akan melaksanakan Kem Bijak Solat bagi murid-murid yang terbabit bagi memastikan perkara ini dapat diatasi secara total. Kekangan utama dalam melaksanakan kajian ini ialah masalah capaian internet yang lemah di sesetengan kawasan. Hasil kajian ini akan dibentangkan dalam mesyuarat pagi bersama Pengarah dan pentabiran tertinggi JPN pada bulan Februari.

 
Top