Pada 07 Januari 2014, SPI JPN Pahang telah mengadakan satu bengkel asas pembinaan kajian atas talian. Seramai 9 orang peserta dari Unit Pengurusan Pendidikan Islam telah berjaya menamatkan kursus sehari ini. Penceramah jemputan pada kursus ini ialah En. Fatthul Mueim bin Bustaman dari SPI. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan kemahiran kepada pegawai yang terlibat dalam melaksanakan kajian dengan cara yang lebih efisyen dan menjimatkan kos. Kursus yang diadakan di PKG Teruntum Kuantan ini telah dirasmikan oleh En. Mohhmad Ridzuan bin Mohmed Daud, KPP SPI. Kos kursus ini cuma melibatkan tuntutan perjalanan pegawai  iaitu sebanyak RM450.00
 
Top