Kursus Pemantapan Tulisan Jawi Guru-Guru Pendidikan Islam ini telah dilaksanakan pada 11 Mei 2013 bertempat di SK Putrajaya Presint 9(1).
Seramai 50 orang GPI Putrajaya telah hadir mendengar ceramah dan bengkel yang telah disampaikan oleh Ustaz Mansor Bin Mohamed iaitu seorang pakar tulisan Jawi yang dijemput khas dari negeri Kelantan.


Objektif kursus ini ialah:
  • Memantapkan kefahaman dan memberi pendedahan kepada GPI terhadap penulisan Jawi terkini.
  • Membantu guru-guru  agar lebih kreatif dalam proses pengajaran Jawi di sekolah-sekolah.
  • Menjadikan pengajaran Jawi sebagai pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah dikuasai oleh semua murid.
Sumber Kewangan: JPWPP

 
 
Top