SPI menganjurkan bengkel ini pada 20 Mei 2013, jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di BTPN, Pokok Sena.Peserta bengkel ini terdiri daripada 31 orang pegawai Pendidikan Islam di JPN dan PPD. Penceramah jemputan ialah En. Kanagarajan A/L Maruthan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Pulau Pinang. Beliau akan menyampaikan ceramah dan membimbing para peserta berkaitan SKPM 2010 : Standard 4 : Pembelajaran dan Pengajaran. Semoga hasil bengkel ini akan memberi pencerahan kepada semua peserta berkaitan perkara tersebut dan akan mempertingkat kualiti dan prestasi kerja yang diamanahkan. Kos untuk bengkel ini adalah sebanyak RM384.00 daripada Unit Sekolah Menengah.


 
Top