11 September 2012 - Semua Guru Penyelaras Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) peringkat sekolah rendah dan menengah sedang diberikan pendedahan berkaitan teknik dan kaedah penghakiman aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam khususnya tilawah al-Quran.
Ia bertujuan untuk memastikan semua Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah bersedia dan memahami tatacara penghakiman sebagai salah satu pengetahuan yang boleh memberikan keyakinan kepada para peserta yang bertanding tips-tips yang membantu kesediaan dan kemenangan calon yang bertanding kelak.
Taklimat selama 2 petang ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam bawah pimpinan Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid.
 
Top