24 - 26 November 2014 - Bengkel ini telah menghimpunkan para Pengetua, Guru Besar dan juga Setiausaha Peperiksaan 14 sekolah menengah dan rendah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri ini.
Program anjuran Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA), Sektor Pendidikan Islam (SPI), JPN Melaka bertujuan untuk membantu para pentadbir SABK di negeri ini menyusun strategi bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing berdasarkan GROW.
Antara pembentang strategi ini adalah Ybhg. Puan Hjh. Hamizah bt. Hassan, Pengetua Cemerlang, SBT SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.

Majlis ucaptama dan perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor, SPI, JPN Melaka.

Peserta bengkel juga telah berpeluang mendengar amanat dan berdialog bersama Ybhg. Datuk Hj. Md. Rashid bin Hj. Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka.


02 Disember 2014
 
Top