KOTA KINABALU - SPI JPN Sabah telah melaksanakan Program Latihan Dan Peningkatan Profesionalisme  kepada  19 orang Pegawai dan Penyelia pada 6 Februari 2014 mulai pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Program ini dibahagi kepada  2 slot; Pertama; Ceramah Pemantauan Sekolah, yang disampaikan oleh Puan Masriah Masree dari Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah. Kedua; Taklimat Pelaksanaan MS ISO 9001: 2008, disampaikan oleh Ustaz Gani Senang, Pengurus Kualiti, SPI, JPN Sabah. kedua-dua tajuk ini sangat releven dengan keperluan pegawai dan penyelia bagi meningkatkan lagi kualiti pemantauan dan kaedah pelaporan yang berkesan berkaitan dapatan pemantauan ke sekolah-sekolah.

06 Februari 2014
 
Top