Lawatan Penanda Arasan KAA
Selangor Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam tahun 2013
Program lawatan Penanda Arasan
ke SMK Seksyen 18, Shah Alam telah dilaksanakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) yang melibatkan guru-guru Bahasa Arab Jabatan Pelajaran Perlis
seramai 30 orang termasuk 5 orang pegawai
dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perlis. Antara tetamu VVIP dari BPI, Cyberjaya Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut hadir ialah Ketua Sektor SKSA Tuan Hj Shamsul Shah bin
Tarja@Tarjo, Tuan Hj Muhamad Shafie bin Hj Ismail (KU KKQ BPI, KPM) dan Hjh
Norhayati binti Hj Zakaria (KU KAA BPI,KPM,) . Manakala rombongan pelawat JPN Perlis diketuai oleh Tuan Hj Mohammad bin Hj Abd
Ghani (KS SPI Perlis).
Tujuan program ini dilaksanakan
untuk memberi peluang kepada Guru Bahasa Arab di Negeri Perlis melihat dengan
lebih dekat kaedah PdP Bahasa Arab & KKQ dan
amalan terbaik pengurusan Panitia Bahasa Arab di sekolah Negeri Selangor (SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor).
Lawatan Penanda Arasan ke KAA
Selangor adalah perkongsian maklumat dan pengalaman di atas kecemerlangan
Bahasa Arab di kelas KAA yang mempunyai kualiti pelajar yang hampir sama dengan
kualiti pelajar di SMKA dan KAA di Negeri Perlis.
Sepanjang
program ini berlangsung, para peserta program memberi
komitmen yang tinggi dalam mencari input-input positif untuk dibawa balik ke
sekolah masing-masing serta diterapkan.
Pihak
sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada
pihak BPI, KPM, SPI Selangor, PPD Petaling Perdana, Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru GKMP, guru-guru SMK Seksyen 18, semua AJK pelaksana, CMJ Resources
dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Semoga
program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kedua belah pihak demi
memartabatkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebagai mata pelajaran utama
lagi membanggakan bukan mata pelajaran ”Killer” .
Rakaman Peristiwa
![]() |