Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Negeri Pulau Pinang
Kursus ini telah diadakan pada hari Khamis 21 Februari 2013 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negeri Pulau Pinang. Kursus ini dianjurkan kepada guru-guru Pendidikan Islam yang baru bertugas di Pulau Pinang. Seramai 90 orang GPI yang baharu telah menghadiri kursus ini. Peserta kursus telah didedahkan tentang Etika Keguruan, Peranan dan Tanggungjawab GPI sebagai Da'e dan Kecemerlangan GPI. Penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Us Abdul Razak B Haji Osman; KPP Pendidikan Islam, Us Rosli B Othman; Penolong Pengarah SPI dan Us Tarmizi B Saad; GC Pendidikan Islam. Penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Us Shuib B Zainuddin; Ketua Sektor Pendidikan Islam. Kos untuk kursus ini adalah sebanyak RM1080.00 daripada Sektor Pengurusan Sekolah.
24
Februari
2013