KURSUS PENGURUSAN MAJLIS RASMI, PROTOKOL & ETIKA UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2016


Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan satu kursus khas untuk pegawai dan kakitangannya. Kursus tersebut berkaitan dengan pengurusan majlis rasmi yang sering dianjurkan oleh sektor ini. Sama ada di peringkat Negeri atau Kebangsaan.


Kursus ini telah diada pada 26 Ogos 2016, seramai 25 orang pegawai dan kakitangan sokongan hadir mengikuti kursus ini. Penceramah bagi kursus tersebut ialah En. Mohamad Hafiz bin Mohamad Noorpiah, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 
Perbelanjaan makan, minum dan lain-lain menggunakan peruntukan LADAP sebanyak RM250 oleh Unit Latihan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.  

 
Top