17 April 2015 - Hari ini merupakan antara detik bersejarah bagi SPI, JPN Melaka dan juga Jabatan Mufti Negeri Melaka kerana telah mengadakan kunjungan hormat buat julung kalinya secara rasmi sejak sekian lama.
Pegawai SPI Melaka diketuai oleh Ybhg. Tuan Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pendidikan islam, JPN Melaka.
Dalam perjumpaan tersebut, sesi pengenalan antara kedua jabatan telah diadakan diikuti dengan sesi dialog mesra bersama Ybhg. Sahibus Samahah Datuk Mufti negeri Melaka dan para pegawainya berhubung dengan pelbagai isu dan perkara yang melanda negara dan juga umat Islam masa kini.
 
Top