Satu taklimat berhubung Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP) bagi sekolah-sekolah SMKA dan SABK telah dilaksanakan pada 21 Januari 2015 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis. Taklimat ini telah disertai oleh seramai 22 orang peserta termasuk Penolong Kanan Pentadbiran dan S/U LDP. Taklimat disampaikan oleh dua orang pegawai yang dijemput khas dari Bahagian Pendidikan Islam iaitu Tn.Hj. Nor Azam bin Abdullah(Ketua Unit Pembangunan Profesional) dan En.Afandi bin Yusoff (Ketua Unit Kajian dan Penyelidikan). Peserta didedahkan tentang kepentingan pelaksanaan Kajian Tindakan dan Keperluan menghadiri kursus 7 hari dalam setahun.
 
Top