10 Oktober 2014 - Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang telah melaksanakan Kursus Peningkatan Kemahiran Pengurusan Majlis-majlis Rasmi bagi semua pegawai SPI serta Penyelia Pend Islam dan Pegawai j-QAF di daerah. Kursus yang bertempat di Bilik Gerakan JPN Pahang ini dihadiri oleh seramai 52 orang peserta dari seluruh negeri. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ishak bin Othman, KPP SPI. Kursus ini bertujuan untuk menambah kemahiran para pegawai dalam menguruskan majlis rasmi samada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Peruntukan sebanyak RM2,500.00 bagi OS21000 digunakan untuk menjayakan kursus ini. Kemahiran pegawai telah berjaya dipertingkatkan selepas kursus ini selesai.
 
Top