Pada 7 Julai 2013 bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Terengganu telah diadakan satu taklimat di atas. Seramai 30 orang pentadbir dan Guru Pendidikan Islam  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  serta pegawai dari Sektor Pendidikan Islam telah menghadiri taklimat ini yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Said b Wan Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

 Sekolah yang melaksanakan program j-QAF telah bertambah  daripada 337 buah sekolah pada tahun 2012 kepada 350 buah sekolah pada tahun 2013 yang melibat semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri Terengganu.   Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi kefahaman, konsep dan manual pelaksanaan Program j-QAF dengan kos RM300.00 menggunakan peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
 
Top