19 Januari 2013 - Bertempat di SMKA Maahad Muar, Johor . Unit Akademik, Sektor Kemajuan Sekolah  Agama, Bahagian Pendidikan Islam bersama dengan Unit Institusi Pendidikan Agama, Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan bengkel Kecemerlangan Akademik di kalangan Penolong- Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Johor. Bengkel ini telah di ketuai oleh Ustaz Hasanuddin Bin A. Hamid ( KS SKSA) turut bersama di dalam bengkel ini ialah Ustazah Yusnida binti Mahat dari Unit Akademik)
Bengkel ini telah di adakan sepertimana berikut:
Tempat : SMKA Maahad Muar
Tarikh  : 19 Januari 2013
Peserta : 20 SABK Menengah, 8 SABK/SRAB Rendah, 4 Penolong Kanan Pentadbiran, 5 Pegawai SPI dan 3 BPI
Objektif :
        1. Meningkatankan kefahaman mengenai peranan Headcount
        2. Perancangan peningkatan prestasi akdemik SMKA, SABK dan SRAB

Antara topik perbengkelan adalah perbincangan mengenai  Headcount SMKA dan SABK, Pencapaian yang di capai oleh sekolah sepanjang tahun 2012. bengkel  ini juga membicangkan perancangan untuk meningkatkan prestasi sekolah-sekolah untuk tahu 2013 antara  program yang akan dirancang :
i. Program "Perfect Score" SMKA
ii. Program "Perfet Score" SABK Menengah
iii. Program "Perfect Score" Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB)
iv. Program Menggilap Permata Calon PMR SMKA
v. Program Mengilap Permata Calon SPM SMKA
vi.Program Gemilang PMR SMKA
vii. Program Gemilang PMR SABK
viii. Seminar Kecemerlangan Bahasa Arab
Bengkel ini telah mendapat peruntukan dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 1,200.00
Bengkel ini telah ditutup rasmi oleh  Timbalan Pengarah Institusi Pengurusan Pendidikan Agama (Ustaz. Wan Ramzan bin Wan Mamat )
 
Top